Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi
ingkar. Betapa ramai manusia tidak bersyukur. Betapa ramai manusia
menjadi derhaka dan khianat.
Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia .
Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia
memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka. Kehidupan di dunia
merupakan permainan dan senda gurau.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau
belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi
orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah
Al-An'am ayat 32)
★Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan
untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat.
★Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan
yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang
jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat
★Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki
tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa
yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal
kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.
★Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan