SELAMAT DATANG KE BLOG SK. SERI JAYA...SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI BLOG INI...SEBAGAI TANDA LIKE DAN SOKONGAN PADA BLOG INI, ANDA BOLEH TINGGALKAN MESEJ DI BUKU PELAWAT YANG DISEDIAKAN...

Khamis, 17 Julai 2014

MENGEJAR LAILATUL QADAR

Kita sudah menghampiri fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa pelepasan daripada azab neraka. 

 Firman Allah SWT dalam Surah Al Qadr:



Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).  "



Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
 
”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Betapa pengasih dan penyayangNya Allah kepada para hambaNya. Disediakan satu malam kepada hamba-hambNya untuk beribadah dan ganjarannya amatlah besar dan berganda-ganda. Amat rugilah kepada yang tidak merebut peluang yang Allah telah kurniakan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda, sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullahu Taala daripada Saidatina Aisyah R.Anha:

Maksudnya :
"Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan berterusan dilakukan walaupun sedikit. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengekalkan momentum yang telah kita peroleh dalam bulan tarbiyah ini untuk kita menjadi hamba yang istiqamah di bulan-bulan yang lain. Semoga Allah meredhai kita dunia dan akhirat.Wallahua’lam.
 Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar adalah: 

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau Rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan














Tiada ulasan:

Catat Ulasan