SEJARAH PEMBUKAAN
SK Seri Jaya, Kemaman mula beroperasi mulai 1.1.2013. Pembangunan SK Seri Jaya yang bermula 19 Mei 2009 siap sepenuhnya dengan majlis penyerahan sekolah berkenaan oleh Kontraktor Essenvest, Sdn. Bhd kepada wakil KPM, En. Faizal Mohd Yusof, Ketua Penolong Setiausaha Rendah, Bahagian Pembangunan KPM hari ini. Dengan beroperasinya SK Seri Jaya maka jumlah SK atau SR Terengganu yang beroperasi pada 1.1.2013 ialah 350 buah di mana dua daripadanya ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
Sekolah yang menelan kos RM18.3 juta dengan kapasiti 24 bilik darjah kemudian diserahkan oleh En. Faizal Mohd Yusof, Ketua Penolong Setiausaha Rendah, Bahagian Pembangunan KPM kepada Tuan Haji Abdul Rahman Kadir, Penolong PPD Pengurusan Sekolah, PPD Kemaman. Seterusnya Tuan Haji Abdul Rahman Kadir, Penolong PPD Pengurusan Sekolah, PPD Kemaman menyerahkan SK Seri Jaya kepada barisan pentadbir SK Seri Jaya yang mula dilantik pada 1 .12.2012 yang lalu bagi urusan persiapan dan persediaan pembukaan untuk menerima Tahun 2 hingga 5 yang berjumlah 250 orang sebagai kumpulan murid perintis.
Dengan pembukaan sekolah ini ibubapa yang selama ini menghantar anak-anak mereka ke SK Pusat dan SK Binjai akan berpindah ke SK Seri Jaya. Pihak PPD Kemaman dan Pengurusan SK Seri Jaya akan mengadakan mesyuarat dan persiapan lebih awal termasuk menempatkan guru dan keperluan asas lain agar pada 1.1.2013 SK Seri Jaya dapat melaksanakan " First day first bell and first lesson" dengan sempurna.
Kita sangat mengharapkan pasukan pengurusan, para guru dan ibubapa dapat berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan SK Seri Jaya ini sebagai sebuah pusat kecemerlangan setempat yang tersohor dan terbilang serta berupaya menjadi ikon kebanggaan kampung, daerah , negeri dan negara....
Langgan:
Catatan (Atom)
sanggat best sekolah di situ
BalasPadamtu sekolah anak saya
BalasPadamBerapakah bilangan murid?
BalasPadam250
Padam