SELAMAT DATANG KE BLOG SK. SERI JAYA...SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI BLOG INI...SEBAGAI TANDA LIKE DAN SOKONGAN PADA BLOG INI, ANDA BOLEH TINGGALKAN MESEJ DI BUKU PELAWAT YANG DISEDIAKAN...

Ahad, 11 Mei 2014

Tema Hari Guru 2014

GURU  :  PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI


Definisi :

GURU : Merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

PENCETUS : Menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu.Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI  :  Menghasilkan idea,kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

PENJANA  :  Penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

INOVASI  :  Pengaplikasian kreativiti,pembaharuan,modifikasi,kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik,bermakna dan bernilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan