Khamis, 20 November 2014
Selasa, 18 November 2014
Ahad, 9 November 2014
Khamis, 23 Oktober 2014
Isnin, 20 Oktober 2014
SUKANEKA KALI PERTAMA
Sangat meriah...Terima Kasih diucapkan kepada semua guru,kakitangan sekolah dan pekerja swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program sukaneka tahun ini.Diharapkan program sebegini akan diadakan lagi di tahun akan datang supaya dapat mengeratkan lagi ukhwah dan kerjasama di antara semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Jaya.
Ahad, 12 Oktober 2014
AMALAN DI AWAL PAGI
Berikut disenaraikan beberapa amalan mudah yang boleh diamalkan pada setiap pagi :
1- Bangunlah di awal pagi - Setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan sehari lagi kepada kita.
2- Bersegeralah menyucikan diri - ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajjud.
3- Banyakkanlah berdoa pada waktu awal pagi kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa - Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, Rasullah S.a.w ditanya oleh seseorang : "Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?"Baginda bersabda : "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu."(Riwayat al-Tirmizi)
4- Lakukanlah solat subuh berjemaah - Daripada Jundab bin Abdillah berkata,Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah."(Riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya).Daripada Ibn Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda " Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5- Amalkan membaca Al-Mathurat selepas subuh - Al-mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan.Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
6- Amalkan solat sunat Dhuha - Daripada Ibn Umar r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya : "Hai anak adam, solatlah keranaKu dua rakaat Dhuha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut." (diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir)
Marilah kita semua cuba mengamalkan amalan mudah ini setiap pagi.Amalan yang berterusan akan membentuk tabiat, insyaAllah tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir hayat kita.daripada Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit."(Riwayat Muslim).

Khamis, 9 Oktober 2014
Selasa, 7 Oktober 2014
PERKONGSIAN ILMU PBS BERSAMA SK BUKIT KUANG
TARIKH : 28 SEPTEMBER 2014
GURU TERLIBAT : 1- PN. SUZLIYATI BT MD. ZAMAN ( PK1 )
2- PN. CHE WAN HASMAH BT CHE WAN IDRIS
3- CIK NOOR HASLINA BT RAMLI
GURU TERLIBAT : 1- PN. SUZLIYATI BT MD. ZAMAN ( PK1 )
2- PN. CHE WAN HASMAH BT CHE WAN IDRIS
3- CIK NOOR HASLINA BT RAMLI
Isnin, 29 September 2014
Sekali lagi murid-murid UPSR dikehendaki menduduki peperiksaan UPSR kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September 2014 berikutan kertas soalan tersebut diumumkan bocor sebelum ini.Kami warga SK. Seri Jaya mendoakan agar segala usaha gigih selama ini akan membuahkan hasil.Kami juga doakan agar semua calon UPSR diberikan ketenangan dan diterangkan hati semasa menjawab soalan Peperiksaan UPSR pada kali ini.Selamat Berjaya......
Ahad, 28 September 2014
Rabu, 24 September 2014
SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 1 MALAYSIA
Telah berlangsung Majlis Sambutan hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia pada 24 September 2014 ( Rabu ) bertempat di dewan sekolah SK. Seri Jaya bermula jam 7.45 pagi.Berikut beberapa gambar yang sempat diambil.
Selasa, 23 September 2014
UPSR - Peperiksaan Semula
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.
Ahad, 21 September 2014
Cuti sekolah sudah tamat.jangan ada lagi yang masih dalam mood bercuti ye.sekarang masa untuk belajar dan tumpukan pada peperiksaan akhir tahun yang tidak lama lagi.bagi murid-murid UPSR pulak jangan hilang mood dan kecewa 30 september ni kena jawab soalan lagi.JANGAN LUPA UPSR teruskan ulangkaji dan berdoa moga-moga apa yang berlaku ada hikmah yang terbaik menanti anda.
Khamis, 11 September 2014
PENANGGUHAN KERTAS SAINS UPSR
Lembaga
Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia telah dapat laporan
yang kertas peperiksaan sains 018,028 dan 038 bagi UPSR 2014 yang
sepatutnya berlangsung 11.9.2014 jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi didapati
telah dibocori.
Berdasarkan
siasatan soalan kertas itu telah disebarkan di media sosial...payah
juga ada media sosial ni...benda sulit jadi tak sulit...
Dulu-dulu
payah nak jumpa masalah macam ni...paling banyak pun soalan spot...tapi
spot pun macam-macam versi..naik pening kepala masa tu...
Bila zaman dah canggih lagi mudah penipuan berlaku...sifat jujur dan amanah tu dah hilang...
Sepatutnya hal macam ni tak boleh berlaku..kesian budak-budak tu...dah la ni last day UPSR.Tak dapat la nak merdeka lagi..huhu..
Dijangka kertas sains ini akan diadakan pada 30.9.2014 good luck murid-murid UPSR semua...Teruskan ulangkaji jangan putus semangat.
Selasa, 9 September 2014
Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid tahun 6.Semoga mendapat keputusan yang cemerlang daripada semua warga sekolah SK. Seri Jaya.
" Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal.
Yang ada hanyalah manusia yang gagal untuk merancang
Hendak Seribu daya, mahu seribu upaya
Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. "
Orang Cemerlang Tunjukkan Hasil, Orang Gagal memberi alasan.

Isnin, 8 September 2014
SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014
Pada 4hb. ogos 2014 (Khamis malam Jumaat ) yang lepas telah berlangsung program solat hajat untuk calon-calon UPSR SK. Seri Jaya.Solat hajat ini disertai oleh para pentadbir sekolah, seorang wakil pegawai JPNT, guru-guru, ibubapa pelajar tahun 6 dan calon-calon UPSR.Didoakan semoga calon-calon UPSR SK. Seri Jaya tahun ini yang juga perintis pelajar UPSR sekolah ini dapat menjawab kesemua soalan dengan betul dan tepat seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Selasa, 2 September 2014
Isnin, 25 Ogos 2014
Ahad, 24 Ogos 2014
Khamis, 21 Ogos 2014
Langgan:
Catatan (Atom)