SELAMAT DATANG KE BLOG SK. SERI JAYA...SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI BLOG INI...SEBAGAI TANDA LIKE DAN SOKONGAN PADA BLOG INI, ANDA BOLEH TINGGALKAN MESEJ DI BUKU PELAWAT YANG DISEDIAKAN...

Selasa, 25 Ogos 2015

PROGRAM PENDIDIKAN CARA-CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL





GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


Sehati Sejiwa - Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Ayuh kita semua kukuhkan semangat perpaduan di antara kita. Kita perlulah sehati sejiwa mempertahankan negara kita Malaysia yang kita cintai ini daripada segala macam ancaman yang boleh menyebabkan kita lemah. Kita sebagai rakyat Malaysia harus tanamkan dalam diri masing-masing semangat cintakan negara. Cuba renungi dengan mendalam Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

Isnin, 17 Ogos 2015

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Di sini kami dilahirkan
Di sini kami dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan
Dan di sini lahirnya sebuah cinta

        Di sini terciptanya sejarah
        Warisan nenek moyang bangsa
        Kaya dengan budaya
        Kaya dengan adat dan suku

Air setitik menjadi tasik
Tanah segempal menjadi gunung
Rakyat didik hidup muafakat
Dan di sini globalisasi sempadan dunia
Mengharum wangi di antarabangsa

         Di sini lahirnya cinta
         Dijaga rapi merdeka ini
         Di sini merdeka sudah dianugerahi
         Semat dijiwa disimpan dihati
         Merdeka ini anugerah ilahi
         Dan Malaysia tanah air kami.