SELAMAT DATANG KE BLOG SK. SERI JAYA...SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI BLOG INI...SEBAGAI TANDA LIKE DAN SOKONGAN PADA BLOG INI, ANDA BOLEH TINGGALKAN MESEJ DI BUKU PELAWAT YANG DISEDIAKAN...

Khamis, 29 Oktober 2015

GURU OH GURU OLEH USMAN AWANG

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa;
Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca;
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara;
Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selasa, 8 September 2015


Selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua calon dari warga SK. Seri Jaya..semoga tahun ini 5A milik anda.Do The Best...Gud Luck!
" Kejayaan Anda Kebanggaan Kami "

Selasa, 25 Ogos 2015

PROGRAM PENDIDIKAN CARA-CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL





GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


Sehati Sejiwa - Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Ayuh kita semua kukuhkan semangat perpaduan di antara kita. Kita perlulah sehati sejiwa mempertahankan negara kita Malaysia yang kita cintai ini daripada segala macam ancaman yang boleh menyebabkan kita lemah. Kita sebagai rakyat Malaysia harus tanamkan dalam diri masing-masing semangat cintakan negara. Cuba renungi dengan mendalam Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

Isnin, 17 Ogos 2015

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Di sini kami dilahirkan
Di sini kami dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan
Dan di sini lahirnya sebuah cinta

        Di sini terciptanya sejarah
        Warisan nenek moyang bangsa
        Kaya dengan budaya
        Kaya dengan adat dan suku

Air setitik menjadi tasik
Tanah segempal menjadi gunung
Rakyat didik hidup muafakat
Dan di sini globalisasi sempadan dunia
Mengharum wangi di antarabangsa

         Di sini lahirnya cinta
         Dijaga rapi merdeka ini
         Di sini merdeka sudah dianugerahi
         Semat dijiwa disimpan dihati
         Merdeka ini anugerah ilahi
         Dan Malaysia tanah air kami.

Isnin, 23 Mac 2015

Pendaftaran Murid melalui E-Daftar Rendah

Jadual eDaftar Rendah 2015

Tarikh eDaftarRendah dibuka                  -   01/03/2015
Tarikh tutup eDaftar Rendah                    -   31/03/2015
Tarikh Daftar  lewat  di buka                   -   01/06/2015
Tarikh Rayuan dibuka                             
Tarikh Rayuan ditutup                              -   31/10/2015
Tarikh Mula  Pengesahan Penempatan     -   01/08/2015
Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan     -   30/08/2015

Ahad, 11 Januari 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2015

Kepada Murid Tahun 1, Selamat Datang ke SK. Seri Jaya...
Kepada Guru-guru, Selamat memulakan tugas di Tahun 2015...
Kepada Murid-murid tahun 2-6 selamat kembali ke sekolah...